Khamis, 26 Mac 2009

Forum PPSMI: Satu Inovasi & Konfrontasi Dalam Pendidikan




Assalamualaikum WBT..

Sudah agak lama saya tidak menulis dalam blog ini. Kesibukan tugas sebagai pelajar & 'penerima amanah' menyebabkan tidak banyak masa dapat diperuntukkan untuk menulis & berkongsi idea dan pandangan. Ada beberapa perkara yang ingin saya nyatakan di sini:

1. Kepada sahabat-sahabat yang ada kelapangan pada hari Jumaat, 27 Mac 2009...dijemput untuk menghadiri forum PPSMI bermula jam 9.30 pagi di Bitarasiswa UPSI. Sama-samalah kita memperjuanglah kedudukan bahasa ibunda yang kita cintai agar mampu menjadi bahasa akademik dan wadah perpaduan seluruh warga Malaysia.

2. Memandangkan semester ini tiada Study Week, maka saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berjaya kepada sahabat-sabahat semua yang bakal menempuh final exam nati. Bagi yang telah mula 'melancarkan misi' dalam perjuangan masing-masing, semoga kejayaan tetap bersama kalian.

"Ya Allah...ampunilah hambamu yang lemah ini. Berikanlah kekuatan & ketenagan kepada hambamu ini & satukanlah hati kami di atas kebenaran..."


Salam Ukhuwah

Ibnu Haris 09

2 ulasan:

Cikgu Arif berkata...

salam perjuangan, terima kasih di atas sokongan kalian kpd program kami. semoga permas terus relevan dengan tuntutan semasa yg kian mendesak.

Anggerik putih berkata...

Marilah kita mendaulatkan bahasa ibunda kita dari terus dijajah...perjuangkanlah nasib bahasa kita demi masa depan bersama...insyaallah..